FARDHU AIN





لله تعالى
Tahukah apakah kewajipan di atas setiap manusia yang baligh, berakal dan mukallaf untuk mempelajarinya?
KEWAJIPAN MEMPELAJARI ILMU FARDHU AIN
FARDHU AIN bermaksud (fardhu) wajib dan (ain) individu.
Bermakna ilmu fardhu ain hukumnya WAJIB dipelajari oleh setiap manusia, hukum tidak mempelajarinya adalah DOSA BESAR kata ulama.
Apakah ilmu FARDHU AIN?
Ilmu fardhu ain terpecah kepada tiga bahagian iaitu:
1. Ilmu Akidah/ Ilmu tauhid/ Ilmu Usuluddin.
2. Ilmu Feqah
3. Tasawwuf
Maksud AQIDAH adalah pegangan, keyakinan ataupun iktikad seorang islam yg mengaku beriman dan mukallaf. Adapun pegangan umat Islam adalah pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yg berlandaskan 2 ulama iaitu Imam Abu Hassan 'Ali Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi.
~Ilmu AQIDAH membahaskan tentang sifat-sifat Allah dan sifat-sifat Nabi dan ia membicarakan tentang pegangan umbi/asas/kepercayaan umat Islam.
~Ilmu FEKAH pula terbahagi kepada 4 iaitu:
1. Ibadah (solat, haji, zakat dll)
2. Muamalat (ekonomi, jual beli, riba)
3. Jinayah (Hudud, qisas, ta'zir)
4. Munakahat (rumahtangga, perkahwinan)
~Ilmu TASAWWUF terbahagi kepada 4 iaitu:
1. Kewajipan hati (Redha,ikhlas)
2. Maksiat anggota badan (tangan, kaki,mata, mulut)
3. Taubat/ Rukun taubat
4. Maksiat Hati (riya', ujub, takkabur)
Maka kesemua ilmu diatas ini adalah ilmu yang PALING WAJIB dipelajari oleh setiap individu Islam.
Ketiga-tiga ilmu AQIDAH, FEKAH dan TASAWWUF adalah wajib belajar namun paling wajib adalah ilmu AQIDAH. Mengapa?
"Kami bersama Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wassalam. Ketika kami kecil, kami mempelajari al-iman (Aqidah) dahulu sebelum kami mempelajari Al-Quran, kemudian selepas kami mempelajari Al-Quran, maka bertambah-tambah iman kami" Diriwayatkan oleh Ibnu Majah.
Ini dalil bahawa dalam Ilmu Fardhu ain, ilmu Aqidah adalah paling utama dan paling wajib di dalam wajib.

Comments