Posts

FARDHU AIN

Image
لله تعالى Tahukah apakah kewajipan di atas setiap manusia yang baligh, berakal dan mukallaf untuk mempelajarinya? KEWAJIPAN MEMPELAJARI ILMU FARDHU AIN FARDHU AIN bermaksud (fardhu) wajib dan (ain) individu. Bermakna ilmu fardhu ain hukumnya WAJIB dipelajari oleh setiap man usia, hukum tidak mempelajarinya adalah DOSA BESAR kata ulama. Apakah ilmu FARDHU AIN? Ilmu fardhu ain terpecah kepada tiga bahagian iaitu: 1. Ilmu Akidah/ Ilmu tauhid/ Ilmu Usuluddin. 2. Ilmu Feqah 3. Tasawwuf Maksud AQIDAH adalah pegangan, keyakinan ataupun iktikad seorang islam yg mengaku beriman dan mukallaf. Adapun pegangan umat Islam adalah pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yg berlandaskan 2 ulama iaitu Imam Abu Hassan 'Ali Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. ~Ilmu AQIDAH membahaskan tentang sifat-sifat Allah dan sifat-sifat Nabi dan ia membicarakan tentang pegangan umbi/asas/kepercayaan umat Islam. ~Ilmu FEKAH pula terbahagi kepada 4 iaitu: 1. Ibadah (sola